Tuesday, May 5, 2009

wake up call

Assalamualaikum wbt.

"You may leave the examination hall now, and please be quiet!"-
that's what he said.

"I hereby declare the final battle is officially end, go celebrate it outside!"-
that's what he meant, I think. =)


Alhamdulillah...
Yesterday morning. 8.30am-10.30am. 5/5/09.
It's the last paper (Mechanics of Material). Meaning the last day of my 1st year. I'm soo glad that it all went quite well. Not to say that i will surely get an A or B for it but judging from my little-stressed-out last minute study, and of course with His willingness... the result would be worth an effort, hopefully.

MUHASABAH

Frankly, this semester is slightly better than the 1st sem. But still below the par yet. There's a lot things to fix and so many works to do. I've done 22/33 credit hours only this year. 11 credit hours behind the schedule. Got to work hard , bro. No more cutting classes and stop slacking off. Start hitting those books or you'll graduate late!

Transformation. That's what I want my life to be in the next 2nd year. Not just academically but most of the part, spiritually ....Time to get serious, and less play. A youth like me shouldn't be a waste to the world, and to the Deen itself. This wake up call is just a beginning.I should make plans.

This hopefully won't be a lost cause, insyaAllah.



.I need Your guidence. Give me strength.




----
Idle
6/9 - 9/5: Bandung, Indonesia

.


Wednesday, April 29, 2009

Berita TV3 tu.

Assalamualaikum wbt. & salam membaca.

Dalam pertengahan peperiksaan akhir ini aku menulis. Saja berkongsi.
Aku sempat layan Buletin Utama TV3. Sekejap je.
Tapi membuatkan memoriku mengilas.

1-SELESEMA BABI.

Aku tonton berita tu, setakat ini wabak ini menyerang Mexico, US & Canada. Saat itulah minda separa sedarku menjengah. Entah mengapa, aku teringat selesema burung. Mungkin sebab perkataan selesema tu. Kemudian memoriku menyelak lembaran JE serta Nipah. Ingat JE dan Nipah? Ala, virus yang serang babi. Dulu, lama dah... dekat Malaysia la. Mungkin aku teringat sebab ada kaitannya dengan babi kot. Dan dalam beberapa ketika, walaupun aku sememangnya tahu, otakku seakan mengingatkan bahawa babi tu larangan untuk dimakan. Memangla, haram kan... Tapi aku bertindak dengan sendiri, mencari dalil haramnya menjamah babi. Nasib baik jumpa. Dah moden, semua jadi mudah..aku search je, dalilnya.. surah Al Baqarah, 2:173.

babi-babi.... pandangan dari belakang.

Haram dimakan. Meskipun berwarna merah jambu.


2-MU BERTANDANG MALAYSIA.

26 Julai katanya. Yang menariknya dalam berita tadi, diulas mengenai kesediaan Malaysia dalam menyambut Red Devils kesayangan ramai. Pertama, persediaan pemain kita.Kedua, tak ingat la...Ketiga, jam stadium nasional yang mati. Jam tu mati!?? Nak tergelak aku dengar. Sebab tak jangka berita jam stadium nasional mati keluar dalam Buletin Utama TV3. Menurut laporan berita tersebut, yang aku faham la.. kita kena jaga standard. Malu nanti beb. Malu Malaysia di mata dunia. So perlu buat sesuatu untuk jam stadium berkenaan. Agar standard kita dipelihara. =). Juga, perlu buat sesuatu untuk pemain kita. Lantas, sekali lagi otakku mengilas. Subconscious mind aku menyulam pemikiran ketika itu menyebabkanku teringat standard pemain bola kita yang perlu dijaga. Standard kita yang rankingnya dekat-dekat je dengan Palestin yang bergolak sana. Mereka di medan jihad. Berjuang tak pernah serik. Kita aman, mereka dalam peperangan.. tapi ranking bola sepak tak jauh beza pun.


Dua benda tu sahaja yang aku kenang sepanjang menonton Buletin Utama 29 April. Tapi, sedang aku berfikir lebih jauh tentang semua ini, tentang bagaimana minda separa sedarku berfungsi, aku berasa sangat kagum. Hebat Allah ni...Maha Hebat sangat! Hanya menonton berita tv3 itu sahaja, aku tergerak menelaah mencari dalil pengharaman memakan babi.

Dan yang misterinya, boleh pulak aku diingatkan kesengsaraan saudaraku Palestinian di bumi bergolak sana... hanya dengan menonton berita sukan tu. Subhanallah... Kau gerakkan aku untuk kebaikan dengan cara sebegini rupa..

Ya Allah, Maha Misterinya Kau.... TQ sooo much!




p/s- Ranking bola sepak FIFA, Palestin dekat-dekat je dengan Malaysia. Malu!
- Soalan orang yang aku tak boleh jawab. Babi boleh bersin ke?



...

Wednesday, March 25, 2009

Penghargaan buat mereka yang naik bas...

1- Tunggu bas, sangat lama.......

2- Semangat untuk tiba ke destinasi = sangat-sangat tinggi.

3- Tiba ke kuliah Prof Imtiaz 15 minit lambat, maka terpaksa guna ilmu menyelit secara sembunyi.
Kerana Prof Imtiaz sangat mementingkan punctuality.

4-
Duduk di barisan kedua terakhir.

5- Namun, beliau sedar juga.Ilmu penglihatan beliau lebih tinggi. Tetapi beliau teruskan saja kuliah.

6- Aku tak faham problem solving yang dibincangkan.

7- Terus aku buka buku, baca sendiri.. macam ulangkaji biasa.

8- Mengabaikan kuliah Prof Imtiaz. Hanya beberapa ketika aku ambil kisah lecture beliau.

9- Itupun jika ada yang menarik perhatian nafsu ilmuku.

10- Di akhir kuliah... "If i could make it at 8, why couldn't you?"-Prof Imtiaz.

11- Aku buat tak tahu. Nak balik.

12-
Tunggu bas, sangat lama.......

13-
Semangat untuk tiba ke rumah = sangat-sangat tinggi.

14- Sebab baru pasang Streamyx.

15-
Panas + letih berjalan + berpeluh = sabar kuasa 2.

16- Aku tanggalkan sweater cap UM.

17- Ada 2 bas ke tempat tujuku. Satu daripadanya, enjinnya hidup. Tapi tiada pemandu.

18- Aku jalan lagi, destinasi= ATM. Keluar duit.

19- Patah balik, pemandu tak muncul lagi... kurang sejam, pemandu tiba. Aku pulang.

20-
Tunggu bas, sangat lama.......sangat lama.


..aku yang rasa..
===========================================

Monday, March 16, 2009

My human instinct says....








will you??

Saturday, February 14, 2009

"1st time 4 everything..."


"history matters... ."
just create this blog.
3.03 a.m
saturday.
14/2/09...